Monday 3 March 2014

"Lampu tidak dinyalakan, maksudnya rumah tidak bertuan"

Dari kata-kata diatas, jelas bahawa admin out station, maksudnya tak dapatlah nak mengupdate bahan disini. Bila banyak yang pending, banyak juga bahan yang nak disampaikan kali ini.
Dimulakan dengan Program hujung minggu lalu iaitu pada 26.02.2014, Pasukan Sepak SKPA telah ke SK Tanah Merah bagi perlawanan peringkat Daerah, nasib tidak menyebelahi kita, kekalahan 0-1 kepada SK Padang Durian, 0-7 dengan SK Bukit Jenun, dan Seri dengan SK Sg Limau 0-0.

Gambar Pasukan Bola Sepak Sekolah yang diterajui oleh En.Mohd Akbal Bin Yusoff

Seterusnya, pada 02.03.2014, telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Dadah PPDa. Program ini akan berjalan sepanjang bulan Mac. Ustaz Amilluddin dipertanggungjawabkan bagi menguruskan program ini.

GB merasmikan Program sambil diperhatikan oleh PKHem dan Ustaz Amiluddin

Dan pada pagi ini, 03.03.2014, Program mingguan, Bacaan Yasin Bersama Pelajar, guru serta ibu bapa berjalan seperti biasa.



Antara yang sempat di ambil ketika bacaan yasin mingguan