Sejarah

Sekolah Kebangsaan Pokok Asam mula beroperasi pada tahun 1947, menumpang di Pondok Pokok Asam. Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Haji Wan Ghazali merupakan guru besar merangkap pengasasnya. Seramai 25 orang murid dengan dua orang tenaga pengajar pada awal permulaan operasinya. Gaji guru disumbangkan oleh waris dalam bentuk sumbangan wang dan kebendaan.

            Pada tahun 1948, bilangan murid bertambah kepada 90 orang. Kerajaan negeri mengambil alih urusan pembayaran gaji guru. Ketika Bilangan murid meningkat kepada 160 orang, sebuah bangunan kayu dibina oleh kerajaan negeri sebagai bangunan sekolah. Bangunan terhasil setelah berlaku perbincangan antara kerajaan negeri, penghulu dan ketua kampung. Bangunan ini dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Sekolah ini diberi nama Sekolah Rakyat Mukim Padang Kerbau.

Sekolah ini semakin berkembang.Pada tahun 1952 seramai 400 orang murid belajar di sekolah ini. Kerajaan negeri telah mengambil alih sekolah ini dengan membina bangunan kekal 12 buah kelas. Bangunan baru telah siap sepenuhnya pada 1 Julai 1953 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sekolah ini diberi nama Sekolah Umum Pokok Asam. Guru besarnya ialah Encik Ahmad bin Said. Sekolah ini kemudiannya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pokok Asam.

Sebuah bangunan baru tiga tingkat siap dibina pada  15 Mac 1983. Bangunan baru ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Murad bin Mohd Nor. Guru besar sekarang ialah Encik Mohamad Zaki Bin Khirafan. Beliau dibantu oleh Pn. Fatimah Binti Ideris (PK Kurikulum), Pn. Rohana Binti Salleh (PK HEM) dan En. Ahmad Refaat Bin Chik (PK KK). Pada masa sekarang terdapat seramai 32 orang guru, dan 7 tenaga sokongan. 5 orang pekerja rendah awam (swasta) dan 4 orang jaga swasta sedang berkhidmat di sekolah ini.

Video Era 70an Sekolah Kebangsaan Pokok Asam


No comments:

Post a Comment