Wednesday, 30 April 2014

*cERITA lama, baru Cerita.....
"PERANGI DADAH'
"BELIA BENCI DADAH"
'DADAH MUSUH NEGARA"
dan banyak lagi.....
serta yang paling menerapkan jiwa KEDAH pelajar kami,
bilamana ada kata-kata
"BELIA MELUAT DADAH"

Inilah cerita kami di SKPA pada hari ini, minggu Anti Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunselung dan Kelab Cegah jenayah telah berjaya dijalankan. pada pagi ini, lepas rehat, pelajar tahab dua berkumpul di Kafeteria, manakala pelajar tahab 1 di kelas bagi aktiviti melukis dan mewarna Poster Anti dadah.

Lihatlah Aksi, kriativiti anak-anak SKPA.
Keputusan akan dikeluarkan minggu hadapan.
Pn.Ros, Nasroh sedang memberi arahan di kafeteria sebelum program dimulakan

It mine....!! Pelajar tahap 1 tayang hasil kriativiti mereka




*cERITA lama, baru Cerita.....

Tangkai kundur, bijinya saga,
Pandai Melentur, beginilah hasilnya.....

Anak-anak warga SKPA hari ini akan berjuang di SK Ayer Putih dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon Ayer Puteh. Somoga pasukan kita yang dibawah kelolaan Puan. Nor Azizah Ismail akan memperoleh kejayaan sekaligus mengharumkan nama SKPA.
Berikut adalah gambar-gambar persiapan sebelum berangkat ke medan juang.. :)
















Terima kasih kepada yang bertungkus lumus,
yang secara langsung, atau secara tidak langsung.
We are SKPA

Monday, 3 March 2014

"Lampu tidak dinyalakan, maksudnya rumah tidak bertuan"

Dari kata-kata diatas, jelas bahawa admin out station, maksudnya tak dapatlah nak mengupdate bahan disini. Bila banyak yang pending, banyak juga bahan yang nak disampaikan kali ini.
Dimulakan dengan Program hujung minggu lalu iaitu pada 26.02.2014, Pasukan Sepak SKPA telah ke SK Tanah Merah bagi perlawanan peringkat Daerah, nasib tidak menyebelahi kita, kekalahan 0-1 kepada SK Padang Durian, 0-7 dengan SK Bukit Jenun, dan Seri dengan SK Sg Limau 0-0.

Gambar Pasukan Bola Sepak Sekolah yang diterajui oleh En.Mohd Akbal Bin Yusoff

Seterusnya, pada 02.03.2014, telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Dadah PPDa. Program ini akan berjalan sepanjang bulan Mac. Ustaz Amilluddin dipertanggungjawabkan bagi menguruskan program ini.

GB merasmikan Program sambil diperhatikan oleh PKHem dan Ustaz Amiluddin

Dan pada pagi ini, 03.03.2014, Program mingguan, Bacaan Yasin Bersama Pelajar, guru serta ibu bapa berjalan seperti biasa.



Antara yang sempat di ambil ketika bacaan yasin mingguan