Monday 19 November 2012

Semak Keputusan UPSR Secara Online Dan SMS

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di seperti di atas dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan UPSR :
1. Secara Online - Ibu bapa atau penjaga atau sesiapa sahaja boleh menyemak keputusan UPSR dengan pergi ke laman web SAPS http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php. Isi No Kad Pengenalan atau Sijil Lahir, pilih Sekolah Rendah dan tahun dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

2. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) - Keputusan UPSR juga boleh disemak melalui SMS dengan menaip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888.Contoh : UPSR BC001A999 hantar ke 15888.

Keputusan UPSR 2012 boleh disemak dan diambil di sekolah pada 19 November 2012 selepas jam 10 pagi. Semoga calon UPSR tahun ini mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. 

No comments:

Post a Comment